Pages

Wednesday, July 4, 2012

Nasi Lemak

Alhamdulillah..isnin lepas baru leh posa utk ganti posa yg lepas. Dan untuk berbuka teringin nak memasak. Then,dapat idea nak wat nasi lemak.

Terus usha resepi lam tenet. Dan, alhamdulillah. Ini hasilnya..

Dapat berbuka puasa ngan nasi lemak n sirap bandung buatan sendiri.

Bukan senang nak masak coz nk kna tnggu si kecil tu tidur dlu..

Apapun,alhamdulillah..walaupun nasi lemak tu x da telur n timun..hee


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, September 22, 2010

Nasi Goreng Tom Yam

Ini nasi goreng tom yam saya
Minggu lepas, terasa nak makan nasi goreng. Makanya saya mendapat idea untuk mencuba membuat nasi goreng tom yam. Rasanya sangat sedap cuma agak masin. Mungkin kerana saya menggunakan kuib tom yam berlebihan, tidak sesuai dengan kuantiti nasi yang sedikit.

Tak banyak isi coz x da apa2 bahan dalam peti ais memandangkan baru tiba dari kampung untuk cuti hari raya. Saya hanya menggunakan sayur campur dan telur sahaja.


Udang apakah ini?

Assalamualaikum wbt

Lama tak menulis kat dapur ni. Bukan bermaksud tak memasak, tapi malas nak update coz x da entry masakan yang menarik. Yer la, saya bukanlah pandai masak sangat, hehe.

Hari ni bukan nak kongsi tentang masakan. Cuma nak kongsi tentang udang. Siapa tahu nama udang kat bawah?



Alkisahnya semalam ke Pasa Malam. Dan boleh juga dipanggil pasar tani coz ada jual barang-barang basah. Makanya niat di hati memang mahu membeli udang. Dan bila kat kedai udang tu, suami saya tertarik pada udang di atas. Dia bertanya pada peniaga tersebut udang jenis apa dan sedap tak jika digoreng. Saya kurang mendengar jawpan pekedai tadi. Cumanya apabila suami saya berseloroh, "Kalau bai free untuk rasa, boleh juga." lalu, peniaga itu memasukkan beberapa ekor udang di atas secara percuma.

Alhamdulillah, kalau Allah dah nak bagi rezki, senang je nak dapatkan? Dan itu rezki suami saya. Dan kalau sedap, insyaALLAH boleh la nak beli dalam kuantiti yang banyak.




Friday, August 20, 2010

Sahur pagi tadi

Assalamualaikum wbt.

Pagi tadi sahur masak nasi goreng je. Kali kedua masak nasi goreng untuk bersahur.

Hanya sayur semata-mata

Moreh

Assalamualaikum wbt.

Semalam sempat ambil moreh buat kali pertama. Alhamdulillah, sangat sedap. Rezki selepas terawikh semalam.



p/s : Sedap mee ni..

Bulan puasa x memasak ke??

Salam...

Lama x update blog ne. Dok asyik update main blog je. Bukan sbb x masak, tp saya hanya memasak time sahur je bila bulan posa ne. Suami yang nak cm tu, kita ikut je la kan, hehe. Best, x yah masak juz p bazar Ramadhan. Masa sahur plak, juz masak simple sgt, ikut apa yg suami yg nk mkn. Selalunya sayur air le, aduh...huhu. Kita pon bosan nak makan tp demi suami, x pe la.


Apapun selamat berpuasa.


Wassalam.

Saturday, August 14, 2010

My Cute Lil Pizza


Assalamualaikum wbt.

Sehari sebelum puasa tempoh hari sempat membuat pizza. Ini juga adalah kali pertama. Sebelum ini hanya menolong ummi je, kali ni sepenuhnya dibuat sendiri.

Dan pizza ini hanyalah dibuat untuk mencuba my cute lil oven, hadiah perkahwinanku. Alhamdulillah, ada oven ne pon dh bersyukur walaupun kecil. InsyaALLAH bila dh bergaji nanti, bila dh rosak baru nak ganti lain. Setakat ni memang sangat sayang pada oven cute ini.

Ini oven saya

Doh yang berjaya diuli

Antara bahan yang digunakan

Sebelum dibakar

Proses pembakaran
p/s : Gambar selepas tak sempat diambil, coz telah dimakan dengan gelojohnya,,,hehe