Pages

Friday, August 20, 2010

Sahur pagi tadi

Assalamualaikum wbt.

Pagi tadi sahur masak nasi goreng je. Kali kedua masak nasi goreng untuk bersahur.

Hanya sayur semata-mata

Moreh

Assalamualaikum wbt.

Semalam sempat ambil moreh buat kali pertama. Alhamdulillah, sangat sedap. Rezki selepas terawikh semalam.



p/s : Sedap mee ni..

Bulan puasa x memasak ke??

Salam...

Lama x update blog ne. Dok asyik update main blog je. Bukan sbb x masak, tp saya hanya memasak time sahur je bila bulan posa ne. Suami yang nak cm tu, kita ikut je la kan, hehe. Best, x yah masak juz p bazar Ramadhan. Masa sahur plak, juz masak simple sgt, ikut apa yg suami yg nk mkn. Selalunya sayur air le, aduh...huhu. Kita pon bosan nak makan tp demi suami, x pe la.


Apapun selamat berpuasa.


Wassalam.

Saturday, August 14, 2010

My Cute Lil Pizza


Assalamualaikum wbt.

Sehari sebelum puasa tempoh hari sempat membuat pizza. Ini juga adalah kali pertama. Sebelum ini hanya menolong ummi je, kali ni sepenuhnya dibuat sendiri.

Dan pizza ini hanyalah dibuat untuk mencuba my cute lil oven, hadiah perkahwinanku. Alhamdulillah, ada oven ne pon dh bersyukur walaupun kecil. InsyaALLAH bila dh bergaji nanti, bila dh rosak baru nak ganti lain. Setakat ni memang sangat sayang pada oven cute ini.

Ini oven saya

Doh yang berjaya diuli

Antara bahan yang digunakan

Sebelum dibakar

Proses pembakaran
p/s : Gambar selepas tak sempat diambil, coz telah dimakan dengan gelojohnya,,,hehe

Aktiviti Bakar Membakar

Assalamualaikum wbt

Suami saya sangat suka makanan makanan yang jenis bakar. Dan kerana itu dia membeli tempat membakar kecil beserta arang. Apatah lagi rumah sewa kami ini ada ruang kecil tidak berbumbung di tengah2 rumah.

Kerang sedang dibakar

Hot dog dan nugget pon dibakar, hehe

Kerang bakar sgt sedap
p/s : Semua aktiviti membakar dilakukan oleh suami saya..hehe

Friday, August 13, 2010

Char Kuey Tiow

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, ini lah hasil char kuey tiow ku..percubaan pertamaku..dipuji sedap oleh suami..hehe

Pada asalnya terlebih letak cili kisar, lalu adjust punya adjust, kurang la rasa pedas tu. Maklumlah suami ku tidak suka makanan pedas. 

Sayur pula hanya menggunkan baby corn dan sawi.




Saturday, August 7, 2010

Paste char kuey tioe

Salam..hari ni rasa nak masak char kuey tio. So, after googling, jumpa la resipi. Yang pentingnya, kena wat pastenya dlu. Ni resipi nya..

Bahan-bahan ( 2 org )

  • * UTK PASTE *
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

p/s : Saya baru je wat paste. JAp lg bru nak goreng sume...kita tgk jd ke x...hehe

Friday, August 6, 2010

Kuey tiow sup


Assalamualaikum wbt

Kuey tiow sup

Ni adalah hidangan semalam. Mulanya tgk resipi2 kebanyakannya guna air rebusan. Tapi memandangkan dalam peti tak de stok udang, daging mahupun sotong, maka saya hanya rebus biasa bersama sup bunjut. Beserta sayur sawi, fish cake, dan telur sahaja. Sedappppp kott...haha

Masak la sgt




Assalamualaikum wbt

Ni masakan saya pada 3 ogos lepas. Masa tu hanya ada daging n ubi kentang je dalam peti, haha. Memang dah kebiasaan saya dan suami untuk membeli brg basah ni dua hari sekali. Tapi oleh kerana saya pulang ke Kelantan tempoh hari, x smpt ke pasar. So, masak apa yang ada je la.

Daging kicap.
Kononnya nak wat daging masak black pepper, tp tah la. Haha. Lain plak jdnya. Asalkan kenyang, alhamdulillah

p/s : Utk hari tu lauk lainnya ikan kering. haha...bekalan ikan kering yang ummi kirim ada banyak lagi.

Next

Assalamualaikum wbt

Ni apa yang dimasak pada 25 Julai lepas.

Sup tulang.
Rasanya kali ne ada peingkatan. Dan Alhamdulillah abang pon cakap sedap, hehe. Daging dh x keras. Practise makes perfect.

Sayur goreng sos tiram.
Ni pakat humban segala sayur yang ada. hehe. Yang happynya gambarnya jelas.

Kena belajar lagi cara nak amek gambar. Maklumlah, guna pon kamera biasa aje.