Pages

Wednesday, September 22, 2010

Udang apakah ini?

Assalamualaikum wbt

Lama tak menulis kat dapur ni. Bukan bermaksud tak memasak, tapi malas nak update coz x da entry masakan yang menarik. Yer la, saya bukanlah pandai masak sangat, hehe.

Hari ni bukan nak kongsi tentang masakan. Cuma nak kongsi tentang udang. Siapa tahu nama udang kat bawah?



Alkisahnya semalam ke Pasa Malam. Dan boleh juga dipanggil pasar tani coz ada jual barang-barang basah. Makanya niat di hati memang mahu membeli udang. Dan bila kat kedai udang tu, suami saya tertarik pada udang di atas. Dia bertanya pada peniaga tersebut udang jenis apa dan sedap tak jika digoreng. Saya kurang mendengar jawpan pekedai tadi. Cumanya apabila suami saya berseloroh, "Kalau bai free untuk rasa, boleh juga." lalu, peniaga itu memasukkan beberapa ekor udang di atas secara percuma.

Alhamdulillah, kalau Allah dah nak bagi rezki, senang je nak dapatkan? Dan itu rezki suami saya. Dan kalau sedap, insyaALLAH boleh la nak beli dalam kuantiti yang banyak.




1 comment: